FAKTA AJAIB – HARI KIAMAT

Keratan Akhbar berserta translasi mengenai “NASA SAHKAN KEMUNGKINAN MATAHARI TERBIT DARI BARAT” yang dipetik dari Business Recorder di Karachi, Jumaat, 9hb April 2010.

HARI KIAMAT

 

NASA SAHKAN KEMUNGKINAN MATAHARI TERBIT DARI BARAT

 

Sains astronomi menyatakan bahawa kelajuan planet Marikh telah berkurangan dalam perjalanan ke arah timur dalam beberapa minggu lalu ke tahap teragak-agak” antara timur dan barat dan pergerakan planet itu berhenti beredar ke arah timur pada hari Rabu, 30 Julai.

Pada bulan Ogos sehingga akhir September, Marikh berubah dalam arah yang bertentangan ke Barat. Ini bermaksud matahari akan terbit dari barat di Marikh. Fenomena aneh pergerakan bertentangan ini dipanggil “Gerakan Songsang“. Saintis menyatakan bahawa semua planet akan melalui pergerakan yang sama sekurang-kurangnya sekali termasuk planet Bumi. Planet Bumi akan bergerak ke arah yang berlawanan pada satu hari nanti dan menyebabkan matahari akan terbit dari barat.

Ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi dan tanpa kita sedari, ia merupakan tanda utama hari penghakiman yang disebut di dalam hadis. Kebanyakan tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku walaupun tidak kesemuanya.  

Rasul yang kita cintai iaitu Mohamed (s.a.w) berkata: “Salah satu tanda-tanda kiamat ialah matahari akan terbit dari barat, di mana tiada lagi taubat (pengampunan) akan diberikan”. Ia agak pelik apabila kebanyakan cendekiawan Syariah kami menyatakan bahawa matahari akan terbit dari barat hanya sekali pada hari itu. Kemudian, matahari akan terbit seperti biasa dari timur dan berterusan mengikut kehendak Allah. Ini adalah sama dengan apa yang berlaku di Marikh di mana ia berhenti, kemudian berubah arah untuk jangka masa yang singkat dan kembali kepada cara asalnya.

Abdullah bin Amro (r.a) berkata: (Saya tidak lupa hadis Rasulullah (s.a.w) yang saya telah hafal iaitu, Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Ayat pertama yang datang ialah terbitnya matahari dari barat)” (Ahmad) dan “Allah mengampunkan dosa-dosa umatnya pada pagi hari di waktu malam dan mengampunkan dosa-dosa umatnya pada waktu malam di pagi hari sehingga matahari terbit dari barat” (Muslim).

Berita ini sangat penting kerana ia memberi peringatan dan amaran tentang kedatangan sebuah dunia baru iaitu dunia akhirat yang terdapat di dalam hadis sejak 1400 tahun lalu mengenai keajaiban ini. Insya Allah, anda akan melihat ramai  yang akan kembali ke pangkal jalan. Jika umat Islam melihat fenomena ini berlaku di Marikh, kemungkinan ia akan membawa mereka lebih dekat dengan penciptaNya.

Semoga Allah tunjukkan kita di jalan yang benar dan berikan kita kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

 

Leave a comment for: "FAKTA AJAIB – HARI KIAMAT"